Puteri Alya Selangor

Asminah binti Kamis (Melaka)

Saya merupakan ibu kepada Nurhamiza binti Ahmad Kamal. Anak saya berumur 10 tahun. Anak saya telah mengambil Al-Qurra 2 botol dan Qismind Cocoa.4 kotak. Sebelum ini anak saya sangat susah mengerjakan solat dan belajar. Setelah mengambil produk ini nampak jelas perubahannya. Solat tanpa di suruh, lebih rajin dan mengambil berat terhadap pelajarannya. Alhamdulilah berkat daripada minum Al-Qurra dan Qismind Cocoa hatinya makin terang dan mudah untuk belajar. Anak saya sudah minat mengaji dan menghafal Juzuk Amma seperti Surah Al-Waqiah dan Ar-Rahman. Rasanya yang sedap itu, menyebabkan anak saya gemar meminumnya. Kecerdasannya mula di rasai dan di sedari oleh Ustazah dan kawan-kawannya. Perubahan yang rajin, cerdas dan minat belajar. Berbilion terima kasih saya ucapkan kepada produk Puteri Alya. Teruskan dan tingkatkan kualiti. Syabas Puteri Alya.

 

Masfuzah bt Rastari

Saya suri rumahtangga berusia 37 tahun. Saya sering mengalami pening kepala, sakit-sakit badan, juga masalah kulit dan bibir kering serta kusam dan tumit pecah. Dengan izin Allah Alhamdulilah... selepas mengambil Awet Muda sebanyak 3 kotak kini semua masalah tiada lagi, payudara dan punggung terasa anjal, kulit dan bibir saya lembap. Badan saya bertambah sihat, rasa lebih ceria dan bahagia. Selain itu, ia juga membantu merapatkan hubungan suami isteri. Suami saya juga menggalakkan untuk terus menggunakan Awet Muda, Insya Allah saya akan terus menggunakan terima kasih Awet Muda. Terima kasih Puteri Alya.

 

Cik Fatin (28 tahun)

Saya telah mengalami masalah jerawat yang kritkal. Pelbagai produk telah saya gunakan. Perbelanjaan rawatan untuk jerawat telah beribu-ribu ringgit telah habis saya belanjakan. Alhamdulilah, dengan menggunakan 3 kotak Awet Muda secara tetap dan berterusan, masalah jerawat di wajah saya telah pulih sepenuhnya. Kulit saya bertambah cerah dan lebih sekata. Selain itu, saya juga mengamalkan Biskut Re Young untuk diet. Terima kasih Puteri Alya.

 

Puan Awin (26 tahun)

Saya berasal daripada Puchong. Saya telah melahirkan anak kembar secara pembedahan. Anak yang di lahirkan tidak cukup bulan dan terpaksa di letakkan kedalam Incubator. Saya terpaksa ulang alik dari rumah ke hospital setiap hari. Saya juga tidak dapat mengamalkan penjagaan badan secara teratur dan rapi. Selepas mengambil Awet Muda secara berterusan badan terasa ringan dan bentuk badan kembali seperti dahulu. Wajah saya juga bertambah berseri dan lebih bersih. Alhamdulilah... Terima kasih Awet Muda, Terima kasih Puteri Alya.

 

Puan Junaidah (36 tahun)

Saya berasal daripada Selangor dan telah mengalami masalah angin meroyan. Saya juga telah membuat pembedahan sebanyak 2 kali. Untuk pengambilan kotak pertama Awet Muda, saya telah mengalami gatal-gatal. Kemudian period saya telah keluar dengan banyak dan berketul-ketul serta berwarna hitam. Walaubagaimanapun, saya terus mengamalkan Awet Muda secara berterusan. Alhamdulilah, dengan berkat kesabaran pengambilan Awet Muda,badan saya bertambah sihat dan lebih ceria berbanding dahulu. Terima kasih Puteri Alya.

 

En Hakim (33 tahun)

Saya telah menggunakan Perkasa selama hampir 2 bulan. Alhamdulillah sebelum ini saya mengalami sakit di tulang belakang apabila berdiri terlalu lama. Badan saya cepat terasa letih dan adakalanya saya sangat stress dengan keadaan kerja di pejabat yang semakin bertimbun. Apabila saya mengamalkan Perkasa saya tidak lagi mengalami masalah tersebut malah kulit saya pun tidak kering lagi. Terima kasih kepada isteri saya yang memperkenalkan Puteri Alya

 

Pn. Su (43 tahun)

Anak saya berumur 7 tahun tapi masih tidak boleh membaca lagi. Setiap malam saya mengajarnya tetapi dia mengalami kesukaran untuk mengingati dan menghafal. Saya diperkenalkan dengan produk Puteri Alya iaitu Qis Mind Cocoa dan Al Qurra. Sekarang ni, anak saya telah dapat membaca degan lancar malah saya nampak sikapnya banyak berubah. Saya tak perlu suruh sentiasa untuk dia mengulangkaji malah dia sendiri sudah minat untuk belajar sedangkan saya baru mengamalkan selama 3 bulan. Terima kasih Puteri Alya.

 

Pn Shima (35 tahun)

Mempunyai anak yang rapat-rapat berumur 2 tahun dan 4 tahun memang tak menang tangan melayan apabila mereka demam. Duit klinik jangan cakaplah. Sedangkan saya tahu pengambilan ubat terlalu kerap bukannya baik. Akhirnya saya telah mencuba Al Qurra untuk anak-anak saya. Telah 2 bulan saya berikan pada anak saya Alhamdulillah saya dapati anak saya semakin cergas, cerdas dan semakin bijak. Yang peliknya saya dapati bila kawannya kena selsema anak saya tidak dijangkiti. Syukur pada Allah.

 

Pn Yus (28 tahun)

Saya mengalami kemalangan hampir 2 tahun yang lalu, kaki saya dimasukkan besi. Sejak hari itu saya tidak lagi aktif seperti dahulu malah untuk solat pun saya terpaksa duduk. Saya cuba mengamalkan Awet Muda Gold. Maha besar Allah selepas hampir 1 bulan saya sudah boleh solat seperti dulu dan rasa nyilu di kaki saya beransur pulih. Malahan saya dapati badan lebih sihat dan kewanitaan saya seperti dulu. Terima Kasih Puteri Alya, Terima Kasih Allah

 

Pn Norlehar (48 tahun)

Saya berumur 48 Tahun. Mula makan Awet Muda pada bulan 11/2009. Awet Muda Gold pada bulan 11/2010. Banyak perubahan pada diri antaranya saya menjadi lebih cergas, kulit menjadi halus, licin, kuku bersinar dan payudara menjagi gebu. Selain itu juga, hubungan suami isteri amat memberangsangkan, suami selalu puji. Saya amat gembira. Insya Allah saya akan teruskan menggunakan produk keluaran Puteri Alya.

 

Pn Asmira Kamis (44 tahun)

Saya Asmira binti Kamis daripada Bertam Ulu, Melaka. Berusia 44 Tahun dan mempunyai anak seramai 5 orang. Saya menggunakan produk Awet Muda sebanyak 5 kotak. Ternyata produk Awet Muda berkesan meningkatkan kesihatan dan kecergasan badan saya. Kulit bertambah cerah, halus dan pejal. Menghilangkan angin dan lenguh-lenguh badan. Sakit kepala dan urat-urat di kaki turut hilang. Alhamdulilah badan rasa lebih cergas dan sihat. Rasanya pun sedap. Produk keluaran Puteri Alya juga di jamin Halal, bersih, berkualiti dan Islamic. Harganya mampu dibeli. Sebenarnya bermacam-macam produk lain telah saya cuba selama ini daripada yang mahal sehinggalah yang paling murah seper Awet Muda ini. Ternyata Awet Muda lebih berkesan dan berbaloi-baloi menggunakannya. Terima kasih Awet Muda. Suka saya syorkan dan war-warkan kepada semua kaum wanita, cubalah produk Awet Muda daripada Puteri Alya ini. amin

 

Pn Barian Mohd Ali (52 tahun)

Saya Pn Bariah binti Mohd Ali, tinggal di Kulai Jaya, Johor. Saya telah menggunakan produk Puteri Alya selama 5 bulan. Keinginan untuk mencuba produk Puteri Alya ini apabila saya mendengar di Radio IKIM. Setelah mencuba produk Puteri Alya, kesanya memang nyata. Masalah jeragat saya beransur hilang dan kulit saya kemerah-merahan., Alhamdullilah. Saya amat berpuas hati menggunakan produk Puteri Alya ini. Sebelum ini saya telah menggukan pelbagai produk, tetapi tidak berhasil.

 

Ramai kenalan saya memuji. Disamping itu, saya mudah bangun pagi (seawal jam 4 pagi.) Sebelum menggunakan produk Puteri Alya, badan saya terasa lemah dan lesu. Tetapi kini badan saya menjadi lebih ringan dan cergas. Perut saya juga menjadi lawas dari segi pembuangan air besar. Sebelum ini saya sering mengalami masalah sembelit. Saya amat kagum denga produk Puteri Alya ini dan bertekad akan menggunakan produk ini selamanya. Terima kasih kepada produk Puteri Alya yang membuatkan saya segar, berseri dan memberi saya impian ingin hidup seribu tahun lagi, Insya Allah.

 

Pn Rafeah (54 tahun)

Saya merupakan seorang ibu dan telah menopaus ketika saya berumur 51 tahun. Saya telah mengambil Awet Muda sebagai makanan tambahan saya. Setelah menggunakan 2 kotak Awet Muda, haid saya kembali seperti biasa dan saya mula nampak perubahan pada diri saya. Kulit saya semakin tegang dan ajal, malah suami semakin sayang.

 

Saya juga mempunyai seorang anak perempuan yang sedang mengandung 2 bulan. Anak perempuan saya mengalami alahan yang teruk dan masalah sembelit. Saya telah syorkan anak saya menggunakan Al-Qurra. Alhamdulillah setelah menggunakannya anak saya tidak lagi mengalami alahan yang teruk dan pembuangan air besar juga semakin lawas. Terima kasih Puteri Alya.

 

Roslina Bt Arifin (42 tahun)

Testimoni dari pengasas Puteri Alya sendiri, Pn Roslina Bt Arifin. Berusia 42 tahun dan mempunyai 6 orang cahaya mata. Mempunyai berat badan 68kg sebelum menggunakan produk Puteri Alya. Selepas menggunakan Ultra Slimming Lingerie dan Aroma Cellulite Cream berat badan beliau turun sehingga 59kg dalam tempoh masa sebulan.

 

Dalam usia sebegini saya dapati bukanlah satu tugas yang mudah untuk mengekalkan kecantikan dan kesihatan bagi seseorang samada lelaki mahupun wanita.Saya seorang pengamal produk-produk yang berasaskan jamu atau herba sejak dari usia 15 tahun lagi kerana saya bukan dilahirkan sebagai seorang yang mempunyai rupa paras yang menawan dan kulit yang cantik. Semasa remaja kulit muka saya berjerawat dan kulit tangan dan kaki saya agak kering iaitu mudah kata bersisik. Sebelum saya perkenalkan Awet Muda saya terlebih dahulu sebagai testimoninya kerana bagi saya sekiranya ada kekurangannya boleh diatasi sebelum dipasarkan. Alhamdulillah berkat mengamalkannya secara konsisten dan disiplin bukan sahaja masalah kulit saya dapat diatasi malah lebih dari itu.Saya ingin sekali berkongsi rahsia ini bersama dengan kaum wanita di luar sana. Awet Muda bukan sahaja untuk kita malah untuk orang yang tersayang yang sentiasa menemani kita. Dan... kongsilah rahsia ini dengan rakan-rakan anda di sana dengan satu niat yang murni. InsyaAllah dengan satu perkataan ini dapat membantu kaum wanita di luar sana. Amin

 

Rahah

Saya Rahah. Saya merupakan seorang pensyarah di Institusi Pengajian Tinggi di Melaka. Sebelum ini saya mempunyai masalah berat badan. Tubuh saya kelihatan kurang menarik terutama ketika memakai baju kebaya. Bermacam-macam jenis produk telah saya gunakan untuk mendapatkan bentuk badan yang yang saya idamkan tetapi masih tidak berjaya. Sehinggalah saya diperkenalkan kepada produk pelansingan dari Puteri Alya, saya telah memiliki bentuk badan yang diimpikan termasuk penurunan berat badan serta tahap kesihatan yang memuaskan.

 

Pn. Norasifah bte Mohmud (32 tahun)

Saya seorang staff nurse di bahagian wad bersalin dan dikurniakan 3 orang cahayamata. Kesibukan saya adakalanya membuatkan saya cepat berasa letih.Sejak saya mengamalkan Awet Muda saya rasa bertenaga sepanjang hari. Masalah sembelit pun dapat diatasi. Paling saya seronok saya cepat merasa kenyang jadi saya hanya mengambil makanan dengan kuantiti yang sedikit. Apatah lagi masalah jerawat pun beransur pulih dengan pengambilan makanan dalaman dari Awet Muda. Sebelum ini saya juga mengalami masalah keputihan dan haid yang tidak lancar. Alhamdulillah masalah tersebut tiada lagi malah saya akan terus mengamalkan makanan Awet Muda sebagai makanan tambahan saya.

 

Pn. Halimah Abu Bakar (41 tahun)

Saya merupakan seorang pengusaha restoran dan mempunyai 5 orang anak. Setiap hari saya bangun sebelum jam 5 pagi untuk menguruskan restoran dan anak-anak. memang saya cepat berasa letih dengan tugas yang banyak setiap hari.Saya telah diperkenalkan dengan produk Awet Muda oleh Pn.Lyna. Syukur, setelah saya menggunakan kotak yang kedua bukan sahaja masalah keletihan saya dapat diatasi malah yang paling best suami saya pun "memuji" produk Awet Muda ni. Terus terang saya katakan Awet Muda membantu saya dalam hubungan keintiman suami isteri. Sehingga sekarang saya telah mengamalkan 5 kotak Awet Muda dan akan terus menggunakannya.

 

Pn. Norizah (33 tahun)

Saya merupakan ibu kepada 3 orang cahaya mata. Sebelum ini saya mengalami masalah berat badan. Berat badan saya sebelum ini 78kg. Setelah mengambil produk Awet Muda berat badan saya turun sehingga 13kg. Malah lemak di tepi peha saya juga hilang. Masalah sengugut dan sendi yang saya alami juga sudah tiada lagi. Malah saya lebih ceria dan bertenaga dalam melakukan tugas-tugas harian. Suami juga memuji penampilan saya. Inilah produk yang saya cari selama ini. bukan sahaja murah malah ianya berkesan dan ekonomi.

 

Pn. Safiah (43 tahun)

Semenjak saya mengambil Awet Muda banyak masalah saya dapat diatasi. Syukur alhamdullillah badan saya berasa lebih "ringan" malah sakit badan dan pinggang saya semakin kurang. Setiap pagi bangun tidur saya merasa lebih cergas kerana malamnya tidur saya lena. Saya ingin berkongsi pengalaman ini bersama dengan semua wanita kerana sebelum ini saya mengalami masalah haid yang tidak teratur, keputihan dan bau yang tidak menyenangkan tetapi sekarang masalah ini tiada lagi malah suami saya semakin tersenyum. Syukurlah, kulit saya semakin lembab, halus dan tegang dan kuku saya kelihatan bersinar dan tidak mudah patah. Terima kasih kepada Awet Muda.

 

Pn. Suhaili Kamaruddin

Saya Suhaili bt Kamaruddin sudah berkahwin dan mempunyai seorg cahayamata berusia 3tahun. 8bulan lepas saya telah disahkan oleh doktor mengalami luka pada rahim saya apabila terdapat pendarahan pada rahim dan juga mengidap kencing kotor. Pelbagai rawatan telah saya cuba tapi rahim saya masih tidak sembuh sepenuhnya, masalah kencing kotor juga masih berlarutan. Sehinggalah pada suatu hari saya telah diperkenalkan oleh kawan saya kepada produk Puteri Alya Awet Muda. Tidak sampai 3kotak pengambilan AwetMuda rahim saya telah sembuh sepenuhnya tiada lagi pendarahan dan tiada lagi kencing kotor. Apa yg menggembirakan saya, doktor telah mengesahkan saya hamil anak kedua. Sekarang kandungan saya telah mencecah hampir 5bulan. Sya sangat bersyukur kerana telah dipertemukan dgn produk Putri Alya.

 

Pn. Nor Aisyah

Keberkesanannnye memang ternyata, kerana saya penah menjalani pembedahan membuang cyst di payudara saya, jadi ada perubahan di mana sebelahnya lebih kecil. Namun, selepas saya mengambil Awet Muda, perubahan memang ketara. Saya dah tak risau, payudara dah berisi , kembali normal, malah kulit semakin cerah, lembut, halus, peranakan pun dah tak sakit lagi sebab tiga orang anak saya dilahirkan melalui pembedahan, bila dah kena bedah ni memang badan semakin susut.

 

Mak saya berumur lebih 70, tetapi masih bertenaga dan awet muda macam 50-an. Sebab itulah saya nak berkongsi dengan kawan-kawan di luar sana. Jangan sayangkan duit sahaja, sayangilah diri sendiri juga. Mana lagi kita boleh dapat dengan harga RM30 khasiat menyeluruh dari hujung kaki hingga ke hujung rambut. Memang ummph... jangan tunggu lagi, yakinlah. Suami pun makin sayang.